Ingat lagi..tahun
2007..aku pernah ditugaskan dalam team khas menjaga tun Mahathir yang akan
menjalani pembedahan pintasan jantung ke dua ( Redo Coronary Artery Bypass
Graft). Masa mula2 amrinder selaku pengusrus jururawat ICU panggil aku, dalila( kakak pelakon zarina
zainoordin), rafizah, saridah, Vicky, Lai man hoi, eng, dan beberapa orang lagi
jururawat. Aku pada mulanya agak gementar, tpi sedikit bangga sebab dipilih dan
diberi kepercayaan untuk handle seorang yang sangat penting dalam Negara.
Dr yang bertanggungjawab adalah dr ezani taib (kini Datuk )menantu
tan sri rashdan baba,bekas pengerusi LLN. Kami di hospital ni sangat mengormati beliau yang
Berjaya dalam usia yang muda. Memang aku respect doktor2 yang kami panggil
Mister ni. Pada aku mereka cukup bijak pandai.aku tak kisah walau ada Doctor
yang tengking-tengking..memang marah dan bengang tapi aku boleh belajar dari
kesilapan. Alhamdulillah…
Sepanjang menjaga tun, banyak kenangan pahit manis. Ada yang
lucu ada yang stress. Stress bila kami jururawat ni terlalu ditekankan dari
aspect ‘special care’ atau penjagaan istimewa padahal prinsip aku semua pesakit adalah sama.
Iaitu perlu dilayan dengan baik dan perlu diberikan yang terbaik.
Stress juga bila malam2 tun minta diurutkan belakangnya yang
lenguh2, aku ingat satu malam, aku bersama Lai Man Hoi hamper 5 jam
memicit-micit belakang tun tampa henti ( dari jam 12 malam hingga 5 pagi).
Stress juga bila ramai Doctor yang meng ‘order’ lain2 perawatan. Kadang2
bercanggah pendapat.
Lucu- bila tun minta kami menghubungi George bush tengah
malam2 buta utk bertanya pasal pesawat. Lucu juga bila melihat gelagat tun
makan roti canai yang sungguh sedap nampaknya.
Tun sekeluarga sangat baik. Aku suka isterinya yang penuh
dengan sifat keibuan. Aku masih ingat, tun tidak pernah memarahi sesiapun
kecuali pada tun siti. Dan tun siti menanganinya dengan sabar sekali.
Mukhriz dan mokhzani—kedua-duanya sangat gentleman dan
menghormati kami sebagai jururawat bapa mereka. Mereka juga mempunya isteri
yang cantik dan lemah lembut. Seingat aku, tun sangat gemarkan masakan
menantunya terutamanya masakan isteri mokhzani.Cuma marina.. susah sikit nak
senyum apatah lagi berterima kasih kepada kami yang menjaga kebajikan daddynya
dari hujung rmbut hingga hujung kaki. Kami jururawat tak minta lebih, setakat
senyuman pun dah cukup, tapi aku sedikit kecewa sebab marina tak pernah
memandang kami.
Aku masih ingat pada suatu malam, tun resah gelisah sampai
tahap nak terjun katil, aku perlahan-lahan mengambil wuduk dan membaca yaasin
disebelahnya. Dia kemudian tidur lena.
Paling mencuit hati aku, satu malam perutnya mengeras dan
dia sangat resah dan tidak selesa. Para
doctor mencuba macam2, letak suppository,enema, mcm2..tapi tun masih mengadu
tak selesa. Aku kemudian meminta minyak angin dengan Aza( anak angkat tun yang
berbangsa palestin) kemudian aku urut perutnya dengan minyak angin tu..’
proootttt’ dah..dia tidur lena lepas tu.’
Ada juga satu kes..tun mintak dibelikan jelly khas dari
jepun. Aku pun hairan, kenapa dia tk mintak jelly yang ada di Malaysia ni je.
Bukan main susah aku tengok pembantu2 beliau berusaha untuk mendapatkan jelly
tu. Malam tu..jelly yang dikehendaki tiba, aku dengar jelly tu diterbangkan
khas dari jepun. Didatangkan dengan
pelbagai bentuk diperbuat dari seramik. Berbentuk buah oren, epal dan mcm2
jenis buah lagi. Bila dibuka,dalamnya terdapat sejenis agar2.. aku juga
dipelawa..tapi aku menolak. Tkpe..saya dah kenyang..terima kasih. Ucap aku
apabila tun siti hasmah mempelawa.
Itu adalah satu kenangan yang cukup manis sepanjang hidup
aku. Hampir 2 bulan kami bersama2 berusaha untuk pastikan tun Mahathir dapat
sembuh dengan baik dan pulang menjalani kehidupan seperti biasa, walaupun aku
tahu..tun takkan kenal aku pun kalau berjumpa semula. ..hehehe