Saturday, August 3, 2013

InGaT LaGi


   Ingat lagi..tahun 2007..aku pernah ditugaskan dalam team khas menjaga tun Mahathir yang akan menjalani pembedahan pintasan jantung ke dua ( Redo Coronary Artery Bypass Graft). Masa mula2 amrinder selaku pengusrus jururawat ICU  panggil aku, dalila( kakak pelakon zarina zainoordin), rafizah, saridah, Vicky, Lai man hoi, eng, dan beberapa orang lagi jururawat. Aku pada mulanya agak gementar, tpi sedikit bangga sebab dipilih dan diberi kepercayaan untuk handle seorang yang sangat penting dalam Negara.

Dr yang bertanggungjawab adalah dr ezani taib (kini Datuk )menantu tan sri rashdan baba,bekas pengerusi LLN. Kami di  hospital ni sangat mengormati beliau yang Berjaya dalam usia yang muda. Memang aku respect doktor2 yang kami panggil Mister ni. Pada aku mereka cukup bijak pandai.aku tak kisah walau ada Doctor yang tengking-tengking..memang marah dan bengang tapi aku boleh belajar dari kesilapan. Alhamdulillah…

Sepanjang menjaga tun, banyak kenangan pahit manis. Ada yang lucu ada yang stress. Stress bila kami jururawat ni terlalu ditekankan dari aspect  ‘special  care’ atau penjagaan istimewa  padahal prinsip aku semua pesakit adalah sama. Iaitu perlu dilayan dengan baik dan perlu diberikan yang terbaik.

Stress juga bila malam2 tun minta diurutkan belakangnya yang lenguh2, aku ingat satu malam, aku bersama Lai Man Hoi hamper 5 jam memicit-micit belakang tun tampa henti ( dari jam 12 malam hingga 5 pagi). Stress juga bila ramai Doctor yang meng ‘order’ lain2 perawatan. Kadang2 bercanggah pendapat.

Lucu- bila tun minta kami menghubungi George bush tengah malam2 buta utk bertanya pasal pesawat. Lucu juga bila melihat gelagat tun makan roti canai yang sungguh sedap nampaknya.

Tun sekeluarga sangat baik. Aku suka isterinya yang penuh dengan sifat keibuan. Aku masih ingat, tun tidak pernah memarahi sesiapun kecuali pada tun siti. Dan tun siti menanganinya dengan sabar sekali.

Mukhriz dan mokhzani—kedua-duanya sangat gentleman dan menghormati kami sebagai jururawat bapa mereka. Mereka juga mempunya isteri yang cantik dan lemah lembut. Seingat aku, tun sangat gemarkan masakan menantunya terutamanya masakan isteri mokhzani.Cuma marina.. susah sikit nak senyum apatah lagi berterima kasih kepada kami yang menjaga kebajikan daddynya dari hujung rmbut hingga hujung kaki. Kami jururawat tak minta lebih, setakat senyuman pun dah cukup, tapi aku sedikit kecewa sebab marina tak pernah memandang kami.

Aku masih ingat pada suatu malam, tun resah gelisah sampai tahap nak terjun katil, aku perlahan-lahan mengambil wuduk dan membaca yaasin disebelahnya. Dia kemudian tidur lena.

Paling mencuit hati aku, satu malam perutnya mengeras dan dia sangat resah dan tidak  selesa. Para doctor mencuba macam2, letak suppository,enema, mcm2..tapi tun masih mengadu tak selesa. Aku kemudian meminta minyak angin dengan Aza( anak angkat tun yang berbangsa palestin) kemudian aku urut perutnya dengan minyak angin tu..’ proootttt’ dah..dia tidur lena lepas tu.’

Ada juga satu kes..tun mintak dibelikan jelly khas dari jepun. Aku pun hairan, kenapa dia tk mintak jelly yang ada di Malaysia ni je. Bukan main susah aku tengok pembantu2 beliau berusaha untuk mendapatkan jelly tu. Malam tu..jelly yang dikehendaki tiba, aku dengar jelly tu diterbangkan khas dari jepun.  Didatangkan dengan pelbagai bentuk diperbuat dari seramik. Berbentuk buah oren, epal dan mcm2 jenis buah lagi. Bila dibuka,dalamnya terdapat sejenis agar2.. aku juga dipelawa..tapi aku menolak. Tkpe..saya dah kenyang..terima kasih. Ucap aku apabila tun siti hasmah mempelawa.

Itu adalah satu kenangan yang cukup manis sepanjang hidup aku. Hampir 2 bulan kami bersama2 berusaha untuk pastikan tun Mahathir dapat sembuh dengan baik dan pulang menjalani kehidupan seperti biasa, walaupun aku tahu..tun takkan kenal aku pun kalau berjumpa semula. ..hehehe

 

 

 

Saturday, June 8, 2013

macam - macam ada!!!

fuh!! lama tk menulis..bukan malas..tpi mmg tk sempat..macam2 aktiviti..minggu lepas ke terengganu ( abg candat sotong) so aku lepak rumah gayah. gayah ni sebaya aku..sama2 nursing school,pernah tinggal serumah masa kami di kl..dia skrg dh naik pangkat jd sister..baju biru..baru je kawen dengan kekasih 12 tahun bercinta--shah--MA di kl..sama2 dh ada pangkat dlm kerjaya masing2..alhamdulillah..aku tumpang bahagia.
        lepak rumah gayah memang best..lebih2 lagi mmg aku dgn dia suka borak dan suka tengok movie. satu lagi..aku suka kat kucing2 gayah yang gemuk2..so mmg menghiburkan..
malam abg gi candat overnight dalam laut, aku dgn gayah gi layan movie kt cinema.. cerita epic.. boleh tahan juga cerita ni..kisah manusia biasa masuk ke dalam alam org kerdil..mmg aku masa kecik2 dulu selalu berimaginasi mcm ni..tk sgka ada pulak movire mcm ni..hehehe
    tengku zahirudin..anak buah aku sorang ni dh masuk dlm my family..umur 20 tahun tpi aku masih nampak din yang umur 10 tahun, selalu ikut aku kesana kemari. memandangkan dia dh tk ada apa nak buat, aku ajak dia kerja dgn laki aku..senang..drp bayar gaji kt org lain, baik bayar kt keluarga sendiri,
     jerntut walk pun ada banyak perkembangan,. isnin ni( 10 hb june) aku nk start jual ayam golek. sambutannya aku tak tahulah mcm mana tapi aku mmg nak cuba. memandangkan aku dh ada mesin dan lan. yang snggup nk jd usahakan. so aku akan cuba dulu
     koperasi -- satu lagi perkara yg aku pening. mcm mana pun aku kena teruskan koperasi ni

       

Wednesday, May 22, 2013

22/5

hari ni pagi2 lagi aku dgn abg ke MDJ..jumpa puan S.U.. wah memang payah na jumpa org2 besar ni..terpaksa sabar dan . kena tunggu di luar tunggu dia minum..hari ni ada mesyuarat majlis..sbb tu kena dtg awal..
nasib baik dia sudi nak jumpa dalam 10 minit..sebenarnya abang banyak lagi nak cakap tapi dia pun busy..so aku ajak abg balik.
baru je nak naik kereta..aku dengar ada orang paggil nama abg..la juga aku perhatikan pakcik tu..rasa mcm kenal..oooo bekas pengurus bank rakyat..dia dh pencen..nama dia haji ....lupa dh.
dia cukup mesra dgn abg..bnyk benda dia borak..esok dia nk gi umrah..ada juga dia tanya aku berkaitan nak buat haji,aku janji dgn dia untuk menghubungi ustaz hassan insyaallah.
lepas tu kami bergerak ke jenderak,,abang nk sambung kerja wayaring kat rumah pakcik fathil.
perut lapar la pulak.. aku ajak abg gi mkn dulu. abg lajak ke kampung datuk sharif..singgah mkn kat gerai dulu. makan mi goreng,
ada 2,3 orang menyapa abg...maklumlah sekampung. sempat juga berborak dgn 'abang long kawasan" yang agak rancak berborak.
kami dpt tahu yg pakcik ali masuk ward sebb sakit..aku ajak abg bergerak..banyak legi kerja yg nk disiapkan. kalau sempat kami nak ke hospital temerloh petang ni,
sampai rumah pakcik fathil,aku tgk ada 4 org lelaki sedang menjalankan kerja2 sambung rumah.

Monday, May 20, 2013

21/5

hari ni pagi2 lagi dah kluar,,first place, aku gi jw dgn abg.nmpk ketar lutut masing2 nampak kelibat kami. padahal nk gi minum je,,cuma abg aa jugak tegur sorg dua peniaga yang liat nak bayar sewa.
   lepas tu aku ke Tekam Resort,,baiasalah..ada bilik tak sejuk..so abang dengan technician ikram terkial-kial angkat outdoor guna tangga..mmg kesian..alahai nk buat mcm mana..cari makan.
takpe,balik mlm ni aku urut,..hehehehe
    ikram ni dulu nampak arogan sangat..skrg alhmdulillah dah mula mesra rakyat dengan kami. dan boleh senyum2.. yang sorang lagi nama mamat..mamat pun baik..aku selesa berurusan dgn diorg setakat ni..
yang paling best..bila aku sebagai escot pada pakar aircond ni..boleh masuk kedalam bilik hotel..wahh memang cantik..padanlah harga dalam RM 150 permalam..aku on tv, layan smbil standby takut abg panggil dari luar suruh hulur barang.
lebih kurang dalam jam 3 baru kerja siap..kami lunch dekat cafe resort..dan terus ke destinasi seterusnya...jengka 22..
aku tk pernah masuk ke ke sini. abg ckp ada org call bgtau aircond rosak. sampai kt rumah tu, seorang wanita umur dlm lewat 50 an menyapa mesra..wahhh..dia speaking! aku agak impress..setiap.words dia.mmg ada class..
tiba2 abg tnya dia..dulu mkcik keje hospital mana..mkcik nurse dulu ya..dia mulakan cerita..ya dia nurse spital gomen..
lebih kurang 2 jam abg periksa kerosakan.akhirnya abg surrender..nmpknya kena dtg lagi lah sebab ada beberapa sparepart dia tk bwak..
malam...
aku ke kopiesatu. ada tempahan reunion dari temerloh. penat mmg penat tpi tkpelah..puasss
bilik hotel di Tekam Resort
majlis reunion di Kopiesatu
abg sedang khusyuk bekerja..

jalan-jalan ROMPIN

pekan rompin ni bukanlah glamer sgt pada aku..pernah dengar sebab sahabat aku Azlaili berasal dari sini. tapi aku tak pernah pulak ikut dia balik kampung. sehinggalah pertama kali aku jejak rompin pada Januari lepas..ooo memang aku suka..sgt2 cantik dan bersih.mengingatkan aku pada langkawi dan lumut perak..kawasan yang sangat2 hampir dengan pantai..
  jumpa fazirul sedang bakar ikan..makan ikan pari dengan kembung bakar,..mmmmmm yummy memang best sesangat..sos dia mmg terbaik. memang tengah lapar sgt.aku ngap smpai licin..
   kelakar betul mlm tu..fazirul rekemenkan 2 challet..pertama..aku pergi tpi tk berapa sesuai..bilik tkde acond..yang kedua pulak..jauh sngat dgn bandar dan line tepon pun tk kuat..last2 aku ajak abg gi sewa kt Rompin Beach Resort..mmg aku dh jatuh cinta dgn tempat ni.sgt selesa pada aku dan pantainya bersih..boleh mndi yeahaaaaa!!!!
      malam aku tido selena-lenanya..hehehe..pagi2 abang dh kejut ajak gi breakfast.. mmmmm sedap. lepas makan..aktiviti seterusnya..aktiviti pantai.
abang dgn pancingannya..aku dh standby nak debummm..!!
.

Thursday, May 16, 2013

aku

tahun 1980-- lahir
tahun 1980-- 1982 -- duk sg mai estate
tahun 1982-1984-- duk kilang sg mai
1984-1986 --- ladang semantan mwntakab
1986- kilang sg mai - tadika kemas ldg sg mai
1987- 1992- sekolah kebangsaan bandar jerantut
1993- 1997- sekolah menengah temin jerntut
1997- johor baru kilang mistral
1998- 2001 - kolej kejururawatan sungai petani
2001-2007- institut jantung negara kl
2007-kolej jururawat johor baru
2007-2011-- king faisal hospital & researh centre riyadh
2011-- kopiesatu cafe
2012-- kopiesatu cafe n jerantut walk cafe

yeay outstation again!

hari ni aku bangun awal macam biasa..lepas subuh, masuk dapur mikir apa yg perlu dimasak..ada ikan 2 ekor..ermm apa yg paling mudah?? nasi goreng? yeahhh..jom buat nasik goreng!!
   abang dh bangun..mandi dah pun..then dia mcm biasa duduk siapkan paperwork. aku sambil masak, smbil layan si manja yang tk hbis mengiau..bukan lapar pun..
  alamak..aku nampk umi tengah menjemur kain..nak tegur ke tknk ha? malu la aku..hehehe..aku buka pintu dpur dan senyum kat dia.tu je la...
   then lepas mkn nasi..aku borak2 ngan abg..terus dia bg idea utk terus ke chini..aik..kata esok?? erm aku ok je..mana2 pun boleh..
   lepas bgtau apa yg patut kt shima via phone, aku kemas2 brg..che pulak smpai mcm biasa bg makanan kucing. dia masuk jap..mak awa dgn mak chu pun ada.. borak2 jap them diorg balik..lepas zohor aku ngan abg bertolak.
     shima whatssapp kata afid tk keje pulak..aduhaiiii
   pening..
lalu ikut maran...abg stop jap casting