Saturday, August 3, 2013

InGaT LaGi


   Ingat lagi..tahun 2007..aku pernah ditugaskan dalam team khas menjaga tun Mahathir yang akan menjalani pembedahan pintasan jantung ke dua ( Redo Coronary Artery Bypass Graft). Masa mula2 amrinder selaku pengusrus jururawat ICU  panggil aku, dalila( kakak pelakon zarina zainoordin), rafizah, saridah, Vicky, Lai man hoi, eng, dan beberapa orang lagi jururawat. Aku pada mulanya agak gementar, tpi sedikit bangga sebab dipilih dan diberi kepercayaan untuk handle seorang yang sangat penting dalam Negara.

Dr yang bertanggungjawab adalah dr ezani taib (kini Datuk )menantu tan sri rashdan baba,bekas pengerusi LLN. Kami di  hospital ni sangat mengormati beliau yang Berjaya dalam usia yang muda. Memang aku respect doktor2 yang kami panggil Mister ni. Pada aku mereka cukup bijak pandai.aku tak kisah walau ada Doctor yang tengking-tengking..memang marah dan bengang tapi aku boleh belajar dari kesilapan. Alhamdulillah…

Sepanjang menjaga tun, banyak kenangan pahit manis. Ada yang lucu ada yang stress. Stress bila kami jururawat ni terlalu ditekankan dari aspect  ‘special  care’ atau penjagaan istimewa  padahal prinsip aku semua pesakit adalah sama. Iaitu perlu dilayan dengan baik dan perlu diberikan yang terbaik.

Stress juga bila malam2 tun minta diurutkan belakangnya yang lenguh2, aku ingat satu malam, aku bersama Lai Man Hoi hamper 5 jam memicit-micit belakang tun tampa henti ( dari jam 12 malam hingga 5 pagi). Stress juga bila ramai Doctor yang meng ‘order’ lain2 perawatan. Kadang2 bercanggah pendapat.

Lucu- bila tun minta kami menghubungi George bush tengah malam2 buta utk bertanya pasal pesawat. Lucu juga bila melihat gelagat tun makan roti canai yang sungguh sedap nampaknya.

Tun sekeluarga sangat baik. Aku suka isterinya yang penuh dengan sifat keibuan. Aku masih ingat, tun tidak pernah memarahi sesiapun kecuali pada tun siti. Dan tun siti menanganinya dengan sabar sekali.

Mukhriz dan mokhzani—kedua-duanya sangat gentleman dan menghormati kami sebagai jururawat bapa mereka. Mereka juga mempunya isteri yang cantik dan lemah lembut. Seingat aku, tun sangat gemarkan masakan menantunya terutamanya masakan isteri mokhzani.Cuma marina.. susah sikit nak senyum apatah lagi berterima kasih kepada kami yang menjaga kebajikan daddynya dari hujung rmbut hingga hujung kaki. Kami jururawat tak minta lebih, setakat senyuman pun dah cukup, tapi aku sedikit kecewa sebab marina tak pernah memandang kami.

Aku masih ingat pada suatu malam, tun resah gelisah sampai tahap nak terjun katil, aku perlahan-lahan mengambil wuduk dan membaca yaasin disebelahnya. Dia kemudian tidur lena.

Paling mencuit hati aku, satu malam perutnya mengeras dan dia sangat resah dan tidak  selesa. Para doctor mencuba macam2, letak suppository,enema, mcm2..tapi tun masih mengadu tak selesa. Aku kemudian meminta minyak angin dengan Aza( anak angkat tun yang berbangsa palestin) kemudian aku urut perutnya dengan minyak angin tu..’ proootttt’ dah..dia tidur lena lepas tu.’

Ada juga satu kes..tun mintak dibelikan jelly khas dari jepun. Aku pun hairan, kenapa dia tk mintak jelly yang ada di Malaysia ni je. Bukan main susah aku tengok pembantu2 beliau berusaha untuk mendapatkan jelly tu. Malam tu..jelly yang dikehendaki tiba, aku dengar jelly tu diterbangkan khas dari jepun.  Didatangkan dengan pelbagai bentuk diperbuat dari seramik. Berbentuk buah oren, epal dan mcm2 jenis buah lagi. Bila dibuka,dalamnya terdapat sejenis agar2.. aku juga dipelawa..tapi aku menolak. Tkpe..saya dah kenyang..terima kasih. Ucap aku apabila tun siti hasmah mempelawa.

Itu adalah satu kenangan yang cukup manis sepanjang hidup aku. Hampir 2 bulan kami bersama2 berusaha untuk pastikan tun Mahathir dapat sembuh dengan baik dan pulang menjalani kehidupan seperti biasa, walaupun aku tahu..tun takkan kenal aku pun kalau berjumpa semula. ..hehehe

 

 

 

No comments:

Post a Comment